PERKHIDMATAN WIRING ELEKTRIK

Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..

Ahlan Wasahlan..

 Tarikh update 30 september 2013
Bisnes kad saya

PERKHIDMATAN WIRING-iklan 

 NI "QUATATION"KAMI BERMULA DENGAN :-  :)
"mengikut terma dan syarat,makin banyak makin murah "

- Harga pendawaian lampu dari               RM 50----- ;RM70 !!
- Harga pendawaian kipas dari                RM 50
----- ;RM80 !!
- Harga pendawaian soket plug dari        RM 50
----- ;RM90 !!
- Harga pendawaian water heater dari    RM 50
----- ; RM140 !!
- Harga pendawaian aircond dari             RM 50
----- ;RM150 !!

*Sila rujuk Terma dam Kos Tambahan sebab takut rumah anda bunglow yang bersaiz besar/restoran yang besar-besar*

HARGA PASARAN SEKARANG 2013,updated from syarikat area KL dan Johor

Harga Pendawaian*TERMA DAN SYARAT:

1. Pendawaian lampu = RM 70
2. Pendawaian kipas = RM 70
3. Pendawaian soket 13A = RM 85
4. Pendawaian aircond (1.5HP kebawah) = RM180
5. Pendawaian aircond (2.0HP/2.5HP) = RM 190
6. Pendawaian Auto Gate > 5 meter/16.4 kaki = RM350
7. Pendawaian Water Heater (tanpa piping) = RM150
8. Pendawaian CCTV R59 coaxial + DC Cable > 30 meter/98.5 kaki = RM160
9. Pendawaian dan pemasangan papan agihan elektrik(DB) 6 hala satu fasa = RM350

1 unit MAIN SWITCH 2P/240V/63A
1 unit RCCB
6 unit MCB 6A/16A/20A.

10. Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod = RM150/lot

* Nota: Harga pendawaian di atas adalah termasuk soket dan suis menggunakan penyaluran kabel PVC atau uPVC conduit di permukaan.

Harga Pemasangan Lampu dan Kipas:

1. Pasang semua jenis lampu filamen = RM10
2. Pasang semua jenis lampu pendarfluor = RM 15
3. Pasang semua jenis lampu downlight = RM 15
4. Pasang semua jenis lampu Hiasan = RM20
5. Pasang semua jenis lampu Hiasan (melebihi 5 mentol) = RM25 keatas
6. Pasang semua jenis kipas = RM35

Harga Termasuk Membekal dan Memasang Lengkapan:

 Membekal dan memasang casing lampu downlight termasuk mentol PLC berkualiti jenama Philips atau Osram.

Lampu downlight saiz 100mm/4inci = RM 45
Lampu downlight saiz 125mm/5inci = RM 50
Lampu downlight saiz 150mm/6inci = RM 55
Lampu downlight LED? Sila hubungi untuk harga terkini.

4. Membekal dan memasang kipas siling.

Jenis kipas KDK (standard 3 bilah) = RM170
Jenis kipas KDK/Panasonic (remote 4 bilah) = RM 290
Jenis kipas KDK/Panasonic (remote 5 bilah) = RM 320

Terma Penggunaan Jenis kabel, Soket, Suis, Lampu dan Casing Lampu:

1. Pendawaian lampu/kipas menggunakan kabel 2 x 1.5mm yang diluluskan oleh SIRIM.
2. Pendawaian soket 13A menggunakan kabel 2 x 2.5mm yang diluluskan oleh SIRIM.
3. Pendawaian Auto Gate/Water Heater/Aircond menggunakan kabel 2 x 4.0mm persegi yang diluluskan oleh SIRIM.
4. Menggunakan soket plug 13A/15A yang diluluskan oleh SIRIM.
5. Menggunakan casing lampu pendarfluor jenis standard yang diluluskan oleh SIRIM dan mentol jenama Philips.
6. Menggunakan casing lampu downlight jenis standard dan mentol PLC berkualiti jenama Philips atau Osram.


TERMA DAN SYARAT
"kalu rumah panjang,mestila 1 gulung kabel pun x ckup,huhu jadi untuk rujukan customer,kami lengkapkan terus supaya jelas dan amanah n__n  dan tidak akan wujud cas tambahan yang tersembunyi .harga still boleh runding sampai jadi

1. Tambahan RM8.00 per meter/3.3 kaki untuk pendawaian kabel 2 x 1.5mm atau 2 x 2.5mm jika melebihi 15 meter/50 kaki setiap unit..

2. Tambahan RM12.00 per meter/3.3 kaki untuk pendawaian kabel 4.0mm jika melebihi 15 meter/50 kaki setiap unit.

3. Tambahan RM30.00 per unit untuk pendawaian terbenam tidak melebihi 2 meter/6.6 kaki, tambahan RM15.00 per meter/3.3 kaki jika melebihi.
4. Tambahan RM30.00 per unit untuk pendawaian menggunakan G.I conduit(paip besi bergalvani) tidak melebihi 4 meter/16.4 kaki, tambahan RM8.00 per meter/3.3 kaki jika melebihi.
5. Tambahan RM15.00 per unit untuk pendawaian menggunakan kabel 2 x 2.5mm jenis double insulated(2 lapis penebat) tidak melebihi 15 meter/50 kaki, tambahan RM10.00 per meter/3.3 kaki jika melebihi.
6. Tambahan RM20.00 per unit untuk penambahan MCB 6A/16A/20A.
7. Tambahan RM5.00 per unit untuk kerja menebuk lubang siling lampu jenis downlight.
8. Tambahan RM10.00 per unit untuk pemegang kipas siling.


TERMA HARGA KAMI IALAH

1. Harga yang ditawarkan di atas mungkin akan berubah mengikut harga pasaran kabel dunia.
2. Harga yang ditawarkan adalah untuk kegunaan domestik atau rumah kediaman sahaja,kilang dan industri lain la sebab diorang 3 fasa,luas dan pakai trunking.
3. Penggunaan perencah(scaffolding), skylift bagi tempat yang tinggi dan sebagainya akan dikenakan cas tambahan mengikut bilangan kuantiti dan bilangan hari bagi skylift sebab kami kena sewa.
4. Tambahan penyediaan servis penghantaran dan membekal sebanyak RM100.00 akan dikenakan jika nilai kerja/projek/sebutharga kurang dari RM300.00.
5. Harga di atas hanya untuk kawasan di sekitar johor dan terengganu kelantan sahaja.
6. Harga kerja di luar johor terengganu adalah bergantung kepada nilai kerja dan kos pengangkutan yang dipersetujui dalam sebut harga.

Mutiara Hidup


 
Musuh utama manusia adalah dirinya sendiri,
Kegagalan utama manusia adalah kesombongannya.
Kebodohan utama manusia,
Adalah sifat menipunya.
Kesedihan utama manusia,
Adalah rasa iri hatinya.
Kesalahan utama manusia,
Adalah mencampakkan dirinya,
Dan orang lain.

Sifat  manusia yg terpuji adalah rendah hati,
Sifat manusia yang paling diuji adalah semangatnya,
Kehancuran terbesar manusia adalah putus asa,
Harta utama manusia adalah kesihatan.
Hutang terbesar manusia adalah sifat berkeluh-kesah,
dan tidak memiliki kebijaksanaan,
 
Ketenteraman manusia adalah,
Suka bersedekah dan beramal.
Segala pekerjaan mudah untuk dilakukan kecuali satu hal,
Memahami apa adanya tanpa mempersoalkan 'kekurangannya'.
Sebagaimana diri kita, demikian juga makhluk lain,
Sebagaimana makhluk lain, demikian juga diri kita.
Dengan memikirkan mereka, dengan membandingkan mereka,
Tidak seharusnya kita saling berselisih, bertengkar,
Dan membunuh atau menyebabkan hal itu.

*Dipetik dari majalah Blues.

Majlis Perujian Tilawah Al-Quran MAKUM 2010

 
MAJLIS PERUJIAN TILAWAH AL-QURAN MAKUM 2010


Majlis Perasmian akan diadakan

di

Dewan Sultan Iskandar

pada

8 Oktober 2010

masa

9.00 malam


Dijemput semua warga UTM untuk memeriahkan majlis !

Aid Mubarak


Salam Aid Mubarak
Kullu Aamtum Waantum Bikhair
Asif 'ala Kulli Haal..



Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini

Ramadhan Kareem..



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
_____________________________________________________________________

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183


Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan

1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya


Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana?  Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan  ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui nanti. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

'Azam' baru d UTM



Alhamdulillah..


Salam alaik wa kaifahalukum?

Untuk pengetahuan semua, informasi daripada blog ini telah di 'pause' kan untuk seketika disebabkan beberapa masalah teknikal, alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya dapat di 'continue'  semula dan insya Allah ianya akan kembali seperti biasa.

Sebagai perkongsian berita gembira, tuan penyer blog nie da berjaya menamatkan pengajian diploma sepanjang 3 tahun d PSMZA dan kini sedang mengikuti pengajian degree di UTM dalam kos yang agak 'killer'. Same2lah kita berdoa untuk kejayaannya di sana :-)

NIE HADIAH KONVO ARI2 :-)