PERKHIDMATAN WIRING ELEKTRIK

Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..

Ahlan Wasahlan..

~ Video Azan 1~


Assalamualaikum...
untuk post
kali nie jom kita tengok Video Azan pulak ye..
Azan ni best sangat2 tau sebab kite tengokla
sape yang azannye...
(^_^)
Harap tuan punya blog jangan marah yer.. hehe
JOM KLIK
dan hayati azan yang menusuk kalbu nie..

Bismillahirrahmanirrahim..

~ Imam Solat ~





Solat Isya'- Disember 2009

(Masjid Bt 7, Dungun Trg)

- bacaan Sheikh Masyari -

with my LoVely pet


Lembu kt belakang tue utk dijual .. tggu iklan ikan gupi ,ikan moon, ikan bulu ayam...ikan plastik (moon), ikan neon, bandaran, anak ikan kap..(sdg mmbsar skrg) dijual dgn harga yg bleh drunding..

ape2 hal tgglkan
pesanan kt cbox ye.... (^_^)

~ Final project ~




My Final Project


Smart house security system


Ã’ " Smart House Security System " is invented


to ensure the house safety position and so


suitable for banggalow or terrace house.







Kelebihan "Projek Smart House Security system" ini ialah :

Ã’To overcome house-breaking incidents and theft.

Ã’To chance levels of home security when consumer leave residence.

Ã’To give disable people and patient by switch on the light automatically.





Ã’ Smart house system suitable to be used in small house as terrace.

Ã’ When electricity supply is broken smart security system will not function.

Ã’ Only switch on the light and fan of living room.


* sebarang tempahan boleh tinggalkan pesanan dalam cbox.. (^_^)

VIDEO FINAL PROJECT COMPETITION



Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin

Pengenalan Ringkas Khulafah Ar-Rasyidin

Khalifah ialah orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam Tempoh pemerintahan Khulafah Ar-Rasyidin ialah lebih kurang 29 tahun(11-41 hijrah). Khulafah Ar-Rasyidin terdiri daripada:

i) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
ii) Khalifah Umar bin al-Khattab
iii) Khalifah Uthman bin Affan
iv) Khalifah Ali bin Abu Talib

Khalifah Abu Bakar

Nama: Abdullah bin Abi Qahafah
Keturunan: Bani Tamim
Gelaran: ‘As-Siddiq’ -mengakui kebenaran Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Israk Mikraj Peribadi: Merupakan orang yang pertama memeluk islam.Seorang yang jujur, pekerti baik, amanah Meninggal dunia: 23 Jamadilakhir tahun 23 Hijrah dan dimakamkan di Madinah berhampiran dengan makam Rasulullah S.A.W
Pelantikan: Rasulullah S.A.W tidak menetapkan seseorang sebagai pegganti selepas kewafatan baginda. Abu Bakar mencadangkan Umar Al-Khattab atau Ubaidah sebagai pengganti beliau selepasnya. Kedua-dua membantah lalu mereka berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus memberi bai’ah melantik Abu Bakar sebagai khalifah.
Sumbangan:
i)Berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Rasulullah.
ii)Mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar, iaitu kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur(Byzantine) di sebelah barat.

Khalifah Umar bin Al-Khattab

Nama: Umar bin al-Khattab bin Naufal
Tarikh lahir: 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W
Keturunan: Bani A’dy
Gelaran: ‘Al-Faruk’ pemisah antara hak dan batil. Memeluk islam pada tahun ke-6 selepas kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
Meninggal dunia: Akhir bulan zulhijjah tahun 23 hijrah berusia 63 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 10 tahun.
Pelantikan: Melalui wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar bagi mengelakkan perpecahan umat. Wasiat ditulis oleh Usman bin Affan. Dipersetujui oleh seluruh umat Islam
Sumbangan:
i)Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Pencukaian dan Jabatan Perbendaharaan
ii)Mengembangkan pengajatan al-Quran
iii)Telah menyusun sistem ketenteraan
iv)Telah membina terusan dan tali air
v)Pelaksanaan cukai Islam yang lebih terperinci

Khalifah Uthman bin Affan

Nama: Uthman bin Affan
Tarikh lahir: 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah
Keturunan: Bani Umaiyah
Peribadi: Dari kecil lagi terkenal dengan sifat mulia, lemah lembut, hartawan, dermawan, dan memiliki semangat jihad yang tinggi
Gelaran: ‘Zunnurain’ kerana mengahwini dua puteri Rasulullah S.A.W
Meninggal dunia: 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh pemberontak
Pelantikan: Semasa Khalifah Umar sakit, beliau mencadangkan 6 orang sebagai pergganti beliau iaitu Usman, Ali bi Abi Talib, Talha bin Ubaidiah, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf Tahlah, Zubair, Saad dan Abdul Rahman menarik diri daripada jawatan khalifah. Berdasarkan pendapat para sahabat dan orang ramai, Abdul Rahman bin Auf megisytiharkan Usman bin Affan sebagai khalifah.
Sumbangan:
i)Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarland, Cyprus dan Tripoli ii)Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam
iii)Telah mengisytiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali dengan musyaf uthmani
iv)Telah membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat
v)Memperkukuhkan peranan baitumal

Khalifah Ali bin Abi Talib

Nama: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim
Tarikh lahir: 10 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
Peribadi: Bersifat berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu yang mendalam.Kanak-kanak yang pertama memeluk islam
Meninggal dunia: 40 hijrah setelah memerintah selama 5 tahun
Pelantikan: Menerima jawatan Khalifah atas desakan orang ramai bagi mententeramkan pergolakan akibat pembunuhan Usman bin Affan.
Sumbangan:
i)Banyak membantu menyelesaikan masalah yang berhubungan dengan masyarakat dan undang-undang Islam
ii)Berusaha mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara
iii)Membina markas tentera di Parsi dan sempadan Syria
iv)Mengembangkan sistem ekonomi negara

Kronologi Khulafa al-Rasyidin

632 M - Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang Bani Tamim dan Musailimah.
633 M - Pengumpulan Al Quran bermula.
634 M - Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.
635 M - Penawanan Madain.
636 M - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637 M - Mesir ditawan.
638 M - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
640 M - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644 M - Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645 M - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646 M - Kempen menentang Byzantine.
647 M - Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
648 M - Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656 M - Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
657 M - Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
659 M - Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661 M - Saidina Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.



Lihatlah para sahabat Rasulullah saw yang berjuang bersunguh-sunguh demi agamaNya walau kekasih yang amat dicintai telah pergi meninggalkan mereka. Mata rantai dakwah yang diperjuangkan tidak akan pernah terhenti, maka adakah kita ingin menjadi penyambung mata rantai tersebut atau hanya menjadi mutiara yang tenggelam jauh ke dasar lautan,walau betapa cantik pun, tiada siapa yang akan mampu melihat atau menyentuhnya. Jadi ayuh sahabat yang dikasihi Allah swt sekalian, mari kita sambung mata rantai perjuangan ini, walau terpaksa berkorban harta dan jiwa.'Sebarkanlah dariku walau pun satu ayat.'

Al-Quran Memujuk Kita


Siapakah kita untuk terus menjalani hidup dengan bahagia?

Sedangkan cabaran dan dugaan bila-bila akan menempuh hari yang bakal mendatang. Kadang kita diberi nikmat-Nya dan seringkali juga nikmat itu disalahguna. Kadang kita mengeluh dengan apa yang telah diatur, namun sememangnya manusia itu takkan lari dari mengeluh.

Tanya diri, berapa banyak keluhan kita dalam sehari berbanding pujian untuk-Nya? Itulah manusia.

“Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Fatir:2

“Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata " Surah Saba':24

Lantas hari-hari yang berlalu dinikmati bersahaja, peringatan yang datang seakan angin yang menampar pipi. Tatkala angin berlalu pergi, kedinginan turut hilang. Kadangkala tangisan penuh sedar itu tiba, namun akan hadir jua perasaan putus asa terhadap keampunan-Nya. Seolah diri tidak akan diterima amalannya. Lantas amalan terputus begitu sahaja. Ditambah pula dengan dosa yang memujuk hati-hati yang sememangnya tidak ada ketenangan dalam diri.

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Az-Zumar:53

Tatkala masa sibuk datang, rindu bertandang pada masa lapang. Hari dilalui dengan mengharap masa akan pantas berlalu. Sedangkan hari nyawa terpisah daripada jasad semakin pendek. Kesibukan yang menjadi ujian. Ada yang berusaha belajar dari kesilapan masa lalu. Ada yang berusaha mempelajari perkara yang membuatkan kesilapan datang. Kita tidak tahu, mungkin setelah ujian atau bala menimpa, barulah kita tersedar akan perkara yang kita anggap remeh ini amat mempengaruhi hari kebesaran kelak. Setakat manakah kita yakin hari itu bakal menjelang? Tepuk dada tanya iman.
“Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).” Surah Fussilat:49

“Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.” Surah Fussilat:51


Kita memikirkan falsafah apakah yang mampu menyedarkan diri dan kesedaran yang hadir dengan rasa cinta dan takut untuk melakukan perkara yang mendatangkan dosa. Bilakah agaknya perasaan itu lahir? Beribu kali bermuhasabah diri namun jarang sekali istiqamah. Tiap kali rasa manis beribadah itu hadir meresap dalam diri, masa yang sama kita rebah dengan ujian yang seringkali terlepas pandang pada hikmahnya.



“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)” Surah al-Hujurat:15

Kesabaran amat mudah diungkapkan dengan kata-kata. Namun untuk meresap dalam jiwa amat berat sekali. Hati yang tiada tempat sandaran, akan sentiasa meragui usia perjalanannya. Tanpa iman di hati, sabar takkan bererti. Tanpa sabar iman takkan bermakna. Biarkan hati kita diterangi laluan yang sentiasa memujinya, tatkala kita melalui jalan itu,segala susah payah akan terbela. Tidak di dunia sekalipun, tapi Akhirat itu pasti!

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.” Surah Al-Baqarah:155-157


“Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Az-Zukhruf:35

Al-Quran itu bukan setakat bacaan yang dilagukan lalu mencipta bait-bait yang syahdu didengari dan menusuk di jiwa. AlQuran itulah pemujuk kita. Walau dalam tangisan membaca amaran-amaran keras daripada Tuhan, masa yang sama diri akan redha dan tenang akan pujukan ayat-ayat Allah. Selagi nyawa belum berpisah, selagi itulah pintu taubat masih terbuka luas. Seandainya kita benar-benar memahami maksud kandungan AlQuran, akan bermain di fikiran betapa beratnya azab daripada Allah, betapa banyak dosa dalam diri. Tanyakan pada diri , berapa banyak kita melafaz kesyukuran dan menzahirkannya?

Sememangnya ayat-ayat itulah muhasabah terbaik buat manusia.Tangisan takkan berhenti mengenangkan nasib akhirat kelak.Tiada gunalah kecantikan diri jika sikitnya pahala untuk meniti titian mustaqim.


"Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur." Surah Al-Furqaan:50





Cinta itu milik Allah. Segala yang di langit dan di Bumi milik Allah. Tiada yang kekal melainkan-Nya.Andai Dia menarik kembali nikmat yang diberikan, mungkin itu antara cara menyedarkan kita dan menambah pahala kita. Pelihara diri, saling berukhwah,ingat-mengingati. Permusuhan sesama saudara hanya membawa kemurkaan Allah. Kita semua inginkan syurga, namun mengapa membezakan dan membandingkan apa yang tersurat di pandangan kita, fikirkanlah apa yang tersirat. Pasti kekecewaan yang menggoyah iman tidak akan lahir. AlQuran benar-benar memujukku…meyakinkanku…

"Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa." Surah Al-Haqqah:48


"Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya)." Surah Al-Haqqah:51

Lalu, aku pujuk temanku. Alunkanlah bacaan AlQuran itu, fahamilah maksudnya agar jiwa ketakutan pada Azabnya meresap dalam setiap nawaitu. Agar kita sentiasa mengingati mati. Semoga terpeliharalah iman dalam diri. Itulah muhasabah yang terbaik disisi-Nya. Pujuklah dirimu dengan Al-Quran.

"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)" Surah Al-‘Asr


VIDEO BACAAN AL-QUR'AN






Imam al-Bukhari



Biografi Al-Imam Al-Bukhari

Buta di masa kecilnya. Keliling dunia mencari ilmu. Menghafal ratusan ribu hadits. Karyanya menjadi rujukan utama setelah Al Qur’an. Lahir di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194 H. Dipanggil dengan Abu Abdillah. Nama lengkap beliau Muhammmad bin Ismail bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari Al Ju’fi.

Beliau digelari Al Imam Al Hafizh, dan lebih dikenal dengan sebutan Al Imam Al Bukhari. Moyang beliau, Al Mughirah, semula beragama Majusi (Zoroaster), kemudian masuk Islam lewat perantaraan gabenor Bukhara yang bernama Al Yaman Al Ju’fi. Sedang ayah beliau, Ismail bin Al Mughirah, seorang tokoh yang tekun dalam menuntut ilmu, sempat mendengar kemasyuran Al Imam Malik bin Anas dalam bidang keilmuan, pernah berjumpa dengan Hammad bin Zaid, dan pernah berjabatan tangan dengan Abdullah bin Al Mubarak.

Sewaktu kecil Al Imam Al Bukhari buta kedua matanya. Pada suatu malam ibu beliau bermimpi melihat Nabi Ibrahim Al Khalil ‘Alaihissalaam yang mengatakan, “Hai Fulanah (yang beliau maksud adalah ibu Al Imam Al Bukhari), sesungguhnya Allah telah mengembalikan penglihatan kedua mata putramu karena seringnya engkau berdoa”. Ternyata pada pagi harinya sang ibu menyaksikan bahwa Allah telah mengembalikan penglihatan kedua mata putranya.


Ketika berusia sepuluh tahun, Al Imam Al Bukhari mulai menuntut ilmu, beliau melakukan pengembaraan ke Balkh, Naisabur, Rayy, Baghdad, Bashrah, Kufah, Makkah, Mesir, dan Syam. Guru-guru beliau banyak sekali jumlahnya. Di antara mereka yang sangat terkenal adalah Abu ‘Ashim An-Nabiil, Al Anshari, Makki bin Ibrahim, Ubaidaillah bin Musa, Abu Al Mughirah, ‘Abdan bin ‘Utsman, ‘Ali bin Al Hasan bin Syaqiq, Shadaqah bin Al Fadhl, Abdurrahman bin Hammad Asy-Syu’aisi, Muhammad bin ‘Ar’arah, Hajjaj bin Minhaal, Badal bin Al Muhabbir, ‘Abdullah bin Raja’, Khalid bin Makhlad, Thalq bin Ghannaam, Abdurrahman Al Muqri’, Khallad bin Yahya, Abdul ‘Azizi Al Uwaisi, Abu Al Yaman, ‘Ali bin Al Madini, Ishaq bin Rahawaih, Nu’aim bin Hammad, Al Imam Ahmad bin Hanbal, dan sederet imam dan ulama ahlul hadits lainnya. Murid-murid beliau tak terhitung jumlahnya. Di antara mereka yang paling terkenal adalah Al Imam Muslim bin Al Hajjaj An Naisaburi, penyusun kitab Shahih Muslim.


Al Imam Al Bukhari sangat terkenal kecerdasannya dan kekuatan hafalannya. Beliau pernah berkata, “Saya hafal seratus ribu hadits shahih, dan saya juga hafal dua ratus ribu hadits yang tidak shahih”. Pada kesempatan yang lain belau berkata, “Setiap hadits yang saya hafal, pasti dapat saya sebutkan sanad (rangkaian perawi-perawi)-nya”. Beliau juga pernah ditanya oleh Muhamad bin Abu Hatim Al Warraaq, “Apakah engkau hafal sanad dan matan setiap hadits yang engkau masukkan ke dalam kitab yang engkau susun (maksudnya : kitab Shahih Bukhari -red)?” Beliau menjawab, ”Semua hadith yang saya masukkan ke dalam kitab yang saya susun itu sedikit pun tidak ada yang samar bagi saya”.

Anugerah Allah kepada Al Imam Al Bukhari berupa reputasi di bidang hadits telah mencapai puncaknya. Tidak mengherankan jika para ulama dan para imam yang sezaman dengannya memberikan pujian (rekomendasi) kepada beliau. Berikut ini adalah sederet pujian (rekomendasi) termaksud: Muhammad bin Abi Hatim berkata, “ Saya mendengar Abu Abdillah (Al Imam Al Bukhari) berkata, “Para sahabat ‘Amr bin ‘Ali Al Fallaas pernah meminta penjelasan kepada saya tentang status (kedudukan) sebuah hadits. Saya katakan kepada mereka, “Saya tidak mengetahui status (kedudukan) hadits tersebut”. Mereka jadi gembira dengan sebab mendengar ucapanku, dan mereka segera bergerak menuju ‘Amr. Lalu mereka menceriterakan peristiwa itu kepada ‘Amr. ‘Amr berkata kepada mereka, “Hadith yang status (kedudukannya) tidak diketahui oleh Muhammad bin Ismail bukanlah hadith”.

Al Imam Al Bukhari mempunyai karya besar di bidang hadits yaitu kitab beliau yang diberi judul Al Jami’ atau disebut juga Ash-Shahih atau Shahih Al Bukhari. Para ulama menilai bahwa kitab Shahih Al Bukhari ini merupakan kitab yang paling shahih setelah kitab suci Al Quran. Ketaqwaan dan kesolehan Al Imam Al Bukhari merupakan sisi lain yang tak pantas dilupakan. Berikut ini diketengahkan beberapa pernyataan para ulama' tentang ketaqwaan dan kesolehan beliau agar dapat dijadikan teladan.


Abu Bakar bin Munir berkata, Saya mendengar Abu Abdillah Al Bukhari berkata, “Saya berharap bahawa ketika saya berjumpa Allah, saya tidak dihisab dalam keadaan menanggung dosa ghibah (menggunjing orang lain)”.

Abdullah bin Sa’id bin Ja’far berkata,Saya mendengar para ulama di Bashrah mengatakan, “Tidak pernah kami jumpai di dunia ini orang seperti Muhammad bin Ismail dalam hal ma’rifah (keilmuan) dan keshalihan”.

Sulaim berkata, Saya tidak pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri semenjak enam puluh tahun orang yang lebih dalam pemahamannya tentang ajaran Islam, lebih wara’ (taqwa), dan lebih zuhud terhadap dunia daripada Muhammad bin Ismail.”

Al Firabri berkata, “Saya bermimpi melihat Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam di dalam tidur saya”. Beliau Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepada saya, “Engkau hendak menuju ke mana?” Saya menjawab, “Hendak menuju ke tempat Muhammad bin Ismail Al Bukhari”. Beliau Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam berkata, “Sampaikan salamku kepadanya!”

Al Imam Al Bukhari wafat pada malam Idul Fithri tahun 256 H. ketika beliau mencapai usia enam puluh dua tahun. Jenazah beliau dikuburkan di Khartank, nama sebuah desa di Samarkand. Semoga Allah Ta’ala mencurahkan rahmat-Nya kepada Al Imam Al Bukhari.

WarKaH ke SyuRGa